Sunday, February 17, 2013

RaHsiA DaRaH.. VamPiRe SpeciEs??

Salam semua.. sihat anda-anda semua??

haaaa.. teruja tak dengan tajuk entri.. hahahaha..

hari nie cekgu nak ajar jenis-jenis darah ye anak-anak murid.. darah ada 4 golongan iaitu, A, B, AB & O.. nak tahu perwatakan bagi setiap golongan darah nie?? jom terjah....

Darah O
*seorang yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
*sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang membabitkan kerja berkumpulan.
*sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat itu walau dalam apa cara sekalipon.
*adakalanya dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
*terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberi tekanan kepada diri. Oleh itu, anda harus lebih bijak mengawal emosi agar tidak dikuasai tekanan.

Darah A
*Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda.
*Gemar melakukan kerja secara berkumpulan dan juga gemar membabitkan diri dengan berpersatuan.
*Bijak bergaul dgn individu sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama.
*Sikap sensitif, sabar & bertimbang rasa yang ada melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki sifat penyayang,
*Bagaimanapon, adakalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja anda itu, kesihatan diri pula terabai.

Darah B
*Sempoi!
*Anda lebih selesa dgn keserdehanaan.
*Dlm perhubungan pula, anda terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
*Dlm melaksanakan tugas, anda gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
*Individu yang fleksibel dan kreatif
*mudah meletakkan diri anda dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
*Individu yang bijak bersosial.
*Namun adakalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
*Anda harus ingat bahawa tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara sendirian.

Darah AB
*Tenang dan bijak mengawal emosi
*Sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
*Memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
*Namun ada satu perkara yang perlu diperbaiki, anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda.
(petikan daripada Harian metro 05/02/13)

agak-agak cik waniey kumpulan darah mana?? adakah darah vampire?? hohoho...
tapi kalau dilihat dari list diatas memang betulla perwatakan yang dikatakan.. sama dengan cik waniey..
cik waniey ada 3 orang housemate.. kami berempat nie, lain2 jenis darah.. maka, jenis darah di atas tue memang sama la dengan kami nie.. hohoho..

4 orang, 4 kepala, 4 jenis darah.....

p/s: lama dah nak post tapi dok simpan ja keratan akhbar nie.. jenuh nak menaip, panjang....

omelan cik waniey: tetiba rasa nak give up dengan sesuatu... 

No comments: