Thursday, September 30, 2010

My KonvO

Salam...


AMARAN: post nie adalah post ngada2... if rasa x nak baca... jgn baca k... hehehehe..


xsabar nye nak konvo... rentetan hari2 sebelum dan kemuncak... =p


2 Okt (lusa) : Amek jubah... (hope adela saiz yg kecik... kena gi awal2 nie... klu besar, leh otter cket... ooppsss... jgn gtau spa2 if I otter jubh.. pas konvo, bukak blikla yg otter tue...)


6 Okt: rehearsal... (??? kena pakai bju kurung ke????)


8 Okt: Mak, Abah, Adik datang dari Kedah... Gi amek dorang kt Bukit Jalil ngan Paksu...


9 Okt: Hari Bersejarah KU ... Plus my kosmate... (cam result bgus je nk bangga2 kn... haish...)


10 Okt: PArent suh bawak dorg jalan2... ok, set!!


11 Okt: parent pon berangkat pulang... =( (nak ikut balik)


p/s: kepada kengkawan suma, jemput2la datang ke majlis konvokesyen aku ye... jom2.. kta memeriahkan lagi konvokesyen kali nie... =) especially to arini, mila, farhana (ex-rumetku k6), ily (ex-rumet ku matrix)... korg suma ade kat upm kn... hehehehe.. pdhl dorg xbaca pon...


addition note: congratz buat mahasiswa UPM yg akan bergraduat next week especially to all Biotech student... 

Wednesday, September 29, 2010

raya 2010

Salam...


DIARI RAYA (dh nk abes syawal dh pon...)


Raya 1st xgi jalan mana2 pon coz ari tue mak wat masak2, nasi daging... kira open house la... penat kot... asal nak gi sembang2 kat depan je, tetiba mak... "gi potong tomato... tmbh dlm air asam... xckup"... nk pegi depan lg... tetiba.. "gi potong daging... dah abes dh"... stat pas smyg jumaat sampai ke malam orang datang... b4 smyg jumaat tue dok melayan budak2 datang raya... baru je balik dr smyg ry... xsempt gi dapur.. dah ad budk2 dtg... pas isyak je baru leh kua gi raya rumah tokchik ngan toktam..




raya 2nd balik rumah tokwan... tapi xtido rumh tokwan pon, gi tido kat rumah maklong sebelah rumah tokwan... coz kat rumah tokwan cam dah ramai je... ingatkan bolehla nak tido awal kan coz dah 2 malam tido lmbt... alih2, kwn ngan tunang kazen datang... sampai kul3 pagi baru balik... huhuhu... lepakla ngan dorg jugak...


raya 3rd petang balik rumah... tapi ade sgh rumh sedara gak.. tyme sgh rumh sorg tok nie.. terkejut aku tgk dia hisap rokok.. hohoho... dl pegi melawat dia, dia hisap rokok daun je.. kali nie lagi advance, hisap rokok yg kotak tue.. dia lumpuh spruh bdn.. memg dari dulu lagi dia hisap rokok daun.. terkezut aku ngan adik aku... dasat2...


raya keempat nie la paling best coz malam tue ada dinner wif my batch sek dl.. 'REUNION SMKAB BATCH 01/05'... penat kot cakap smpai sakit tekak.. mau tak nya dah 5tahun xjumpa suma... yang datang adela dlm 58 orang dari 120++... ok la 2 kan... before nie memang ade wat jumpa2 gak, tapi xdela seramai nie kan.. wat kat hotel SP Inn, Sg Petani... malam tue tido rumah kak wan...





ramai tak???



nie la tema kitorang: merah wajib.. hitam or putih sunat muaakad




raya kelima, pi raya ngan kwn2... coz mlm dinner tue tido rumah kak wan.. 4orang tumpang rumah dia.. plus ngan 4-5 orang yang tido rumah jue.. konvoi 3buah kereta pegi rumah budak2 SP... kul7.30 baru sampai rumah... kena la bebel ngan mak kan.. coz bwk moto tyme maghrib baru balik... sebenarnya tyme nk gi dinner tue bwk moto tumpg letak kat rumah kawan coz pegi ngan dia naik kereta... gila tak gila... dahla sampai kul7.30 mlm.. 1apa pon xkemas lagi.. kul12 t/mlm dah naik bas balik KL... hohoho...


if perhati picture nie btul2, mesti korang perasan sesuatu... apekah???
(kwn yang pakai bju biru tue dia pregnant.. dah 8bulan.. tahniah buat nurul + naza)





p/s: raya kali nie memang full la schedule berbanding dengan tahun2 lepas...

(-___-)"

Salam...

lebih kurang 10 hari je lg nak konvo... baju dah ade.. pkai bju raya je, kaler turqoise... kasut je blum ade... ngah tgu gaji msuk... huhu... bila la nk dapat gaji nieh???? ingat dapat gaji bulan lepas punya, nak belanja la parent + adik aku nanti tyme dorang datang konvo... masalah nya, gaji xdapat lagi.. risau plak...bulan lepas dapat gaji dalam 25hb... bulan nie ntahla... huhuhu....

sambil2 keje kat cnie, sambil2 cari keje lain... nak keje kat tmpt lain la... tension kot keje kat cnie coz asyik xjadi je EFB nie... huhuhu.... poning den...

p/s: nak upload + story mory psl raya... tapi pic nya belum edit maaa... jap ea.. klu rajin jap gi edit.. esok post la... hehehehe

Tuesday, September 7, 2010

camat ari raya...

salam...

camat ari raya sume... utk rkn2 blogger & sume umat islam kat M'sia...


p/s: esok balik kedah... yeay!!!! cuti seminggu...

Thursday, September 2, 2010

ReNuNgan BersAma

DI SAAT AKU DITALKINKAN !!



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..



Sebak dada bila membaca....



Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah.. .



Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat diatas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.



Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.



Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap.



.......Asyhadual lailahaillallah. ........" ucapan



itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia



yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan



nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.







"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... .. Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.







"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin..... .".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???







Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.







"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".







"Ibu.......".



Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi......" . Ayah.......kau datang ayah......." . "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah.



.....".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.







Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini



seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah....... ".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.







Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".







"Assalamualaikum. .....".



"Siapa yang memberi salam itu?".



"Aku".



"Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya.



.....jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.







"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji........ ..".







Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????







"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!



 jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?







Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku' ,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.







Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.







"Tanah apa ini?".



"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada



Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.







"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!!

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."