Salam semua..
sekian lama tak hapdate.. sedikit ke'busy'an and kemalasan nak menaip..
dah tengok citer 'MAMA'? aku pon kebetulan jer kawan ajak semalam.. igatkan citer omputih yang biasa2 je.. dah nama pon MAMA kan.. ingatkan filem tak scary adn kekeluargaan la.. aku pon tak tanya, main setuju je.. sekali time sembang2 dengan kawan opis, cakap nak gi tengok MAMA.. sekali dorang cakap filem seram..
not bad la filem nie.. bagi aku best and kita dapat lihat kasih ibu terhadap anaknya. 'A mother's love is forever'...
Kisahnya bermula begini. Jeffrey, ayah kepada Victoria & Baby Lily telah bunuh 2 orang kawannya dan jugak isteri dia.. pastu dia larikan diri dengan bawak 2 orang anaknya nie la.. nak di jadikan cerita, kereta dorang terbabas dan jatuh ke gaung yang dipenuhi dengan salji.. tapi dorang selamat. So, Jeff bawak anak-anak dia redah sejuk dan jumpa satu rumah yang tertinggal. Disitulah bermula segalanya.....
Jeff cuba nak tembak Victoria tetapi dia telah diserang oleh MAMA. Kemudian cerita diteruskan selepas 5 tahun... adik kembar Jeff, Lucas, bersungguh2 mencari anak2 buahnya. Akhirnya dorang jumpa kanak2 nie tapi dalam condition yang teruk. So, untuk dipendekkan cerita, selepas Victoria & Lily dirawat kemudian dorang tinggal dengan Lucas & Annabel (girlfriend ke wife Lucas ntah). Tapi MAMA still bersama dorang & bermulalah episod seram & mendebarkan.. hahaha.. sape kah MAMA??? Silalah pegi pawagam dan tengok.. heeeee...
Lastly, adalah part yang sedih.. Lily tak dapat diselamatkan, dia ikut MAMA.. Victoria je yang terselamat. Mungkin masa kecik, Victoria dah kenal manusia, mama & papa dia.. tapi Lily memang dari baby yang bape bulan ntah hingga 5 tahun, dia hanya kenal MAMA.. nak tau lebih lanjut boleh klik disini..
comella kanak2 nie...
aku bagi 4 star lah.. aku nie jenis yang tak berani sangat tengok citer seram2 nie, tapi semenjak dua menjak nie asyik gi tengok citer yang agak seram jugakla.. tapi movie omputih ok lagi nak tengok.. movie melayu aku tak berani tengok coz kita dok kat Malaysia kan.. So, akan rasa cam real.. movie omputih takpala, coz bukan dia berlakon kat Mesia.. heee...
p/s: Kerja aku sekarang makin mencabar.. hmmm.. take it as a challenge
omelan cik waniey: esok kena ke shah alam.. tak google map lagi..
No comments:
Post a Comment