Sunday, November 25, 2012

Twilight Saga-Breaking Dawn Part 2 (Final)

Salam semua..

Dah tengok twilight lom? kalau belom tue pegila tengok.. best sangat.. lagipon nie final episod untuk twilight.. lepas nie rindula dengan edward and bella.. dah last episod... walaopon sesetengah orang cakap tak best citer nie, slow je.. tapi aku sukaa sanggaatt..


episod nie mengisahkan kehidupan baru Bella sebagai vampire. Comelkan anak Edward & Bella? Renesmee Cullen.. dalam episod nie menunjukkan Edward & Jacob bersatu untuk menyelamatkan Renesmee.. Renesmee dalam bahaya sebab salah sorang vampire yang lain, kalau tak salah sepupu Edward dari mana ntah ternampak Renesmee time dia melompat untuk amek emping salji.. time tue Bella bawak Renesmee keluar dengan Jacob.. pastue, hal nie sampai kat ketua dorang, macam paderi kot.. ntahla, aku pon tak sure jugak.. hahaha.. 

kalau ikut undang2 dorang, dorang tak boleh menghasilkan anak yang berasal daripada vampire iaitu dipanggil anak abadi.. coz nanti anak nie akan buat huru-hara kat manusia.. tapi Renesmee bukan anak abadi sebab dia lahir time Bella masih manusia. Jadi dia adalah separuh manusia separuh vampire... so, keluarga cullen nie pon sibukla mencari saksi dan bukti untuk tunjukkan anak nie bukan hasil anak abadi.

Jacob setia disisi Renesmee..

nie adalah ahli keluarga yang sokong dorang.. time nie keluarga cullen dah berdepan dengan ketua vampire dan sekutunya.. kalau dah takda jalan penyelesaian mungkin dorang akan berlawan.. geng-geng Jacob pon join jugak untuk tolong Edward.


mereka da start nak berlawan. time dorang berlawan nie, ada sekor serigala mati mula2 tue.. tak sure sapa.. Leah kot.. sedih tau.. huhuhu...

Ending citer nie mestila hepi ending.. and nak dekat last tue, Jacob panggil Edward ayah.. hahaha... Si Alice kan dapat tengok masa depan.. dia tengok future nanti Jacob akan dengan Renesmee.. tak dapat Bella, dapat anak pon jadila.. hahahaha..


habesla episod Twilight.. Sekian..


omelan cik waniey: Kalau jadi baik sangat pon susah jugak kan.. kita baik untuk bagi semua orang selesa dengan kita.. tapi bila sampai satu tahap orang tu pijak kita balik.. macam mana nak buat?? aku tak maula serius2 sangat and xdala nak terlalu tegas, nanti susah nak mintak tolong dorang wat apa2.. tapi lain pulak jadinya.. huhuhu...






2 comments:

juicy X said...

amboiii wani, bykk laaa ang punya kak nooo! mak cik dah tau!

waniey said...

hahaha.. aku awet muda, nmpk cam belasan tahun ja.. hahaha...